Followers

Tuesday, October 28, 2014

Tips Mencuci Muka

Assalamualaikum gojes - gojes di luar sana!^_^


Mencuci muka seringkali dipandang ringan kan. Kita ingat sekadar basuh dengan air,gosok2 sikit dengan pencuci. Bilas. Setel.


Salah tu!!


Sebenarnya muka sangat memerlukan penjagaan yang sangat rapi bermula dari proses mencuci muka.


Kenapa Husna cakap proses mencuci muka itu penting?


Ini kerana,jika kita ambil mudah pasal kebersihan muka,maka inilah PUNCA kulit kita bermasalah di kemudian hari.


Jerawat akan datang menyinggah..kulit menjadi kusam..macam2 lagi la..


Jadi,Husna nak sharekan TIPS MENCUCI WAJAH agar kita semua akan dapat kulit yang sihat dan cantik.. =)


1. Pencuci Muka Yang Sesuai Dengan Jenis Kulit

Pertama sekali, sebelum mencuci muka, kita haruslah memilih pencuci muka yang sesuai dengan jenis kulit. Contohnya, jika jenis berminyak, pilih pencuci muka yang berelemen tanah liat untuk menyerap minyak. Jika kulit kering, elakkan minyak mineral dan alkohol untuk mengelakkan iritasi.


2. Menggunakan Skrub Muka Dua Kali Seminggu

Sel dalam badan sentiasa diperbaharui dan sel-sel mati tetap kekal. Jadi, penting bagi kita untuk menggunakan skrub muka untuk menghilangkan sel mati kulit muka. Untuk muka dengan iritasi, pilihlah skrub muka yang kurang kasar untuk mengelakkan luka pada kulit muka yang lebih teruk.


3. Menggunakan Air Dengan Suhu Sederhana

Elak daripada menggunakan air dengan suhu eksterem; terlalu sejuk atau terlalu panas. Gunakan air paip biasa sahaja untuk mencuci muka untuk mengelakkan peningkatan daripada segi sensitiviti kulit dan stimulasi berlebihan.


4. Menghilangkan Mekap Sebelum Menggunakan Pencuci Muka

Ramai yang menganggap mencuci muka adalah cukup untuk menghilangkan mekap dan ternyata ini salah. Mekap memerlukan bahan khas untuk dibuang dan kita boleh menggunakan penghilang mekap pada kapas untuk menghilangkannya. Setelah itu, barulah boleh gunakan pencuci muka.


5. Mencuci Tangan Dengan Pencuci Anti-bakteria Terlebih Dahulu

Muka sepatutnya menjadi bahagian badan paling jarang disentuh dengan tangan kerana terdapat bakteria yang paling banyak di tangan apabila kita banyak menyentuh barangan dalam kehidupan seharian. Maka, basuh tangan dengan pencuci anti-bakteria terlebih dahulu sebelum mencuci muka.


6. Memfokuskan Pada Zon T Muka

Zon T merangkumi bahagian dahi, pipi dan dagu. Zon T adalah kawasan paling berpotensi untuk pertumbuhan jerawat kerana minyak paling banyak di bahagian ini. Jadi, lebihkan perhatian perhatian pada Zon T semasa mencuci muka agar dapat menghilangkan sisa minyak berlebihan.


7. Mencuci Muka Perlahan-lahan

Dalam penjagaan kulit muka, yang paling penting adalah mengelakkan luka atau iritasi. Urut muka secara membulat dari bahagian bawah ke atas. Boleh juga mulakan dari leher. Dengan cara ini, aliran darah pada muka lebih lancar dan dapat melambatkan proses kedutan.


8. Tidak Mengeringkan Muka Dengan Tuala Atau Sebagainya

Setelah mencuci muka, biarkan muka kering dengan sendiri. Elakkan daripada terus mengeringkan muka kerana kain yang digunakan akan menyerap lembapan dan khasiat daripada pencuci muka menyebabkan kulit muka tidak sempat menyerap semua kebaikan yang ada dalam pencuci muka.


9. Menggunakan Topeng Kecantikan Untuk Muka

Setelah mencuci muka, gunakan topeng kecantikan untuk muka atau facial mask untuk memberi lebih kebaikan kepada kulit muka. Sebaiknya, topeng muka itu mempunyai bahan yang baik untuk mengekalkan keremajaan kulit wajah seperti kolagen, asid hyaluranik dan vitamin C dan E.


10. Menggunakan Ais Untuk Kecutkan Jerawat

Sebagai tambahan, penggunaan ais amat digalakkan untuk mengecutkan jerawat. Apabila ais diletakkan pada jerawat, pembuluh darah di bawah permukaan kulit muka akan mengecut sekali gus mengurangkan kesan merah dan tanda iritasi.

Sumber: www.mujadafewa.my

No comments:

Post a Comment