Followers

Wednesday, October 15, 2014

Kepentingan air putih

Assalamualaikum gojes - gojes di luar sana!(^_^)

Hari ni Husna nak cakap pasal "AIR". Kita selalu dengar kan,air bagus utk kesihatan. Tapi sejauh mana kita tau peranan sebenar air dlm diet kita?

Jadi,Husna nak kongsikan dengan anda semua apa khasiat air putih ni. Mungkin ada antara anda yg tak berapa tahu kan..

Antara khasiat air putih ialah :

1. Menguruskan badan
Air putih tidak mengandungi kalori, gula ataupun lemak dan ini ternyata mampu mengurangkan berat badan kita. Bagaimana air membantu kita kurus? Ini kerana air mampu membuatkan kita berasa kenyang,jadi boleh kita mengelakkan dari makan secara berlebihan.

2. Meningkatkan kesuburan
Air putih dapat menghasilkan hormon testosteron pada kaum Adam serta hormon estrogen pada kaum Hawa.

3. Melancarkan sistem pencernaan
Minum air putih sebanyak 8 gelas setiap hari akan melancarkan sistem pencernaan. Ia dapat menghindarkan dari mendapat sembelit malah pembakaran kalori juga akan berjalan dengan efisien.

4. Melambatkan proses pertumbuhan zat yang menyebabkan kanser
Air putih bukan saja melambatkan pertumbuhan zat penyebab kanser malah ia juga dapat membantu mencegah penyakit hati dan ginjal.

5. Perawatan kecantikan
Kekurangan pengambilan air putih menyebabkan tubuh menghadapi kesulitan untuk menyerap air, sekaligus mengakibatkan kulit kering dan berkerut.

6. Tubuh lebih segar dan sihat
Khasiat air putih bukan sekadar untuk membersihkan tubuh saja tapi juga sebagai zat yang sangat diperlukan tubuh. Kita mungkin dapat bertahan bila tidak makan beberapa hari namun tidak mungkin dapat bertahan jika tidak minum air. Ini kerana air merupakan bahagian terbesar dalam komposisi tubuh manusia.

7. Menyihatkan jantung
Air putih juga diyakini dapat menyembuhkan penyakit jantung. Bahkan pada saat ini juga sudah banyak perubatan altenatif yang memanfaatkan penggunaan air putih.

8. Ubat kepada penyakit strok
Air putih tidak hanya digunakan untuk mengubati berbagai penyakit kulit, namun sangat efektif untuk mengubati penyakit lumpuh. Ini kerana air dapat membantu memperkuatkan kembali otot-otot dan ligamen serta melancarkan sistem peredaran darah dan sistem pernafasan.

Jum pastikan kita minum air secukupnya. Mengikut satu kajian bagi setiap 25kg berat badan,kita memerlukan 1L air.

Jadi,anda semua wajar timbang berat terlebih dahulu bagi mengetahui brapa Liter air tubuh anda perlukan dlm sehari.

Pastikan anda minum air secukupnya ya!!

No comments:

Post a Comment