Followers

Tuesday, October 28, 2014

Tips Mencuci Muka

Assalamualaikum gojes - gojes di luar sana!^_^


Mencuci muka seringkali dipandang ringan kan. Kita ingat sekadar basuh dengan air,gosok2 sikit dengan pencuci. Bilas. Setel.


Salah tu!!


Sebenarnya muka sangat memerlukan penjagaan yang sangat rapi bermula dari proses mencuci muka.


Kenapa Husna cakap proses mencuci muka itu penting?


Ini kerana,jika kita ambil mudah pasal kebersihan muka,maka inilah PUNCA kulit kita bermasalah di kemudian hari.


Jerawat akan datang menyinggah..kulit menjadi kusam..macam2 lagi la..


Jadi,Husna nak sharekan TIPS MENCUCI WAJAH agar kita semua akan dapat kulit yang sihat dan cantik.. =)


1. Pencuci Muka Yang Sesuai Dengan Jenis Kulit

Pertama sekali, sebelum mencuci muka, kita haruslah memilih pencuci muka yang sesuai dengan jenis kulit. Contohnya, jika jenis berminyak, pilih pencuci muka yang berelemen tanah liat untuk menyerap minyak. Jika kulit kering, elakkan minyak mineral dan alkohol untuk mengelakkan iritasi.


2. Menggunakan Skrub Muka Dua Kali Seminggu

Sel dalam badan sentiasa diperbaharui dan sel-sel mati tetap kekal. Jadi, penting bagi kita untuk menggunakan skrub muka untuk menghilangkan sel mati kulit muka. Untuk muka dengan iritasi, pilihlah skrub muka yang kurang kasar untuk mengelakkan luka pada kulit muka yang lebih teruk.


3. Menggunakan Air Dengan Suhu Sederhana

Elak daripada menggunakan air dengan suhu eksterem; terlalu sejuk atau terlalu panas. Gunakan air paip biasa sahaja untuk mencuci muka untuk mengelakkan peningkatan daripada segi sensitiviti kulit dan stimulasi berlebihan.


4. Menghilangkan Mekap Sebelum Menggunakan Pencuci Muka

Ramai yang menganggap mencuci muka adalah cukup untuk menghilangkan mekap dan ternyata ini salah. Mekap memerlukan bahan khas untuk dibuang dan kita boleh menggunakan penghilang mekap pada kapas untuk menghilangkannya. Setelah itu, barulah boleh gunakan pencuci muka.


5. Mencuci Tangan Dengan Pencuci Anti-bakteria Terlebih Dahulu

Muka sepatutnya menjadi bahagian badan paling jarang disentuh dengan tangan kerana terdapat bakteria yang paling banyak di tangan apabila kita banyak menyentuh barangan dalam kehidupan seharian. Maka, basuh tangan dengan pencuci anti-bakteria terlebih dahulu sebelum mencuci muka.


6. Memfokuskan Pada Zon T Muka

Zon T merangkumi bahagian dahi, pipi dan dagu. Zon T adalah kawasan paling berpotensi untuk pertumbuhan jerawat kerana minyak paling banyak di bahagian ini. Jadi, lebihkan perhatian perhatian pada Zon T semasa mencuci muka agar dapat menghilangkan sisa minyak berlebihan.


7. Mencuci Muka Perlahan-lahan

Dalam penjagaan kulit muka, yang paling penting adalah mengelakkan luka atau iritasi. Urut muka secara membulat dari bahagian bawah ke atas. Boleh juga mulakan dari leher. Dengan cara ini, aliran darah pada muka lebih lancar dan dapat melambatkan proses kedutan.


8. Tidak Mengeringkan Muka Dengan Tuala Atau Sebagainya

Setelah mencuci muka, biarkan muka kering dengan sendiri. Elakkan daripada terus mengeringkan muka kerana kain yang digunakan akan menyerap lembapan dan khasiat daripada pencuci muka menyebabkan kulit muka tidak sempat menyerap semua kebaikan yang ada dalam pencuci muka.


9. Menggunakan Topeng Kecantikan Untuk Muka

Setelah mencuci muka, gunakan topeng kecantikan untuk muka atau facial mask untuk memberi lebih kebaikan kepada kulit muka. Sebaiknya, topeng muka itu mempunyai bahan yang baik untuk mengekalkan keremajaan kulit wajah seperti kolagen, asid hyaluranik dan vitamin C dan E.


10. Menggunakan Ais Untuk Kecutkan Jerawat

Sebagai tambahan, penggunaan ais amat digalakkan untuk mengecutkan jerawat. Apabila ais diletakkan pada jerawat, pembuluh darah di bawah permukaan kulit muka akan mengecut sekali gus mengurangkan kesan merah dan tanda iritasi.

Sumber: www.mujadafewa.my

Kenali Punca Jerawat

Kenali Punca - punca Jerawat

Secara lebih terperinci, jerawat membentuk apabila sebum, bakteria dan sel kulit mati tersangkut di dalam liang roma kulit. Lapisan kulit mati pada tubuh kita juga akan digugurkan (shedding) setiap hari dan boleh terperangkap dalam liang roma tersebut. Oleh itu, mari saya terangkan beberapa punca yang boleh menyebabkan tumbuhnya jerawat pada kulit muka, belakang badan dan juga kulit leher manusia.

Hormon dan Jerawat

Pada usia remaja, kelenjar sebaceous mengembang dan mengeluarkan lebih banyak sebum di bawah pengaruh hormon yang dikenali sebagai hormon androgen. Sebab itu ramai di kalangan perempuan pada usia remaja dan awal dewasa kerap mengalami masalah jerawat.

Namun begitu, lama-kelamaan liang sebaceous akan menghasilkan sebum yang semakin berkurangan berbanding pada usia remaja.

Bakteria dan Jerawat

Bakteria yang dikenali dengan nama Propionibacterium acnes pula adalah salah satu bakteria yang biasa ditemui dalam sel kulit. Sumber makanannya ialah sebum dan sel-sel mati pada permukaan kulit. Orang yang berjerawat mempunyai Propionibacterium acnes yang lebih banyak berbanding dengan kulit orang yang tidak berjerawat.

Pemakanan dan Jerawat

Walaupun punca jerawat yang disebabkan oleh diet atau pemakanan tidak dapat dibuktikan dengan jelas serta secara terperinci, tetapi diet mempunyai kesan langsung terhadap tahap insulin dalam badan kita. Untuk pengetahuan anda, insulin adalah hormon terpenting manusia dan boleh mempengaruhi hormon-hormon lain di dalam tubuh termasuk hormon androgen yang turut menjadi penyebab pertumbuhan jerawat pada kulit muka, belakang dan leher pesakit.

Stress dan Jerawat

Stress boleh memburukkan lagi simptom jerawat anda tetapi ia boleh dicegah dengan rawatan jerawat yang betul. Tahap stress yang tinggi memang mampu memberi kesan ke atas jerawat dan boleh menyebabkan radang jerawat yang teruk. Selain itu, apabila kita dalam keadaan stress, adrenalin serta hormon androgen yang ada di dalam badan akan dikeluarkan dengan berlebihan dan menjadi punca berlakunya pertumbuhan jerawat.

Alat solek dan Jerawat

Sebenarnya alat solek bukanlah punca jerawat terbesar untuk kulit, tetapi jika anda tidak membersihkan kulit anda dengan baik selepas memakai alat solek, ia boleh memburukkan lagi keadaan jerawat pada kulit terutama muka anda.

Matahari dan Jerawat

Cahaya matahari juga bukanlah penyebab utama masalah jerawat tetapi haba yang dihasilkan oleh matahari boleh menyebabkan kulit anda berpeluh dan berminyak sekaligus menyumbatkan liang roma.

Pakaian dan Jerawat

Tidak ramai yang mengalami masalah ditumbuhi jerawat di belakang badan tetapi ia berlaku disebabkan oleh jenis pakaian yang dipakai terutama dalam iklim tropika seperti di Malaysia. Belakang badan mempunyai ribuan kelenjar dan liang roma yang boleh memerangkap sebum. Jangan malas mandi kerana kulit yang bersih boleh membebaskan anda dari belengu jerawat.

Sumber : Dr Hasseenah
( http://www.drhasseenah.com/v1/index.php/artikel/2-punca-punca-terjadinya-jerawat )

Monday, October 27, 2014

Kuasa Vitamin C

Vitamin C
==========

Sebut saja Vitamin C,mesti terbayang pasal cantik jer kan..kan?kan??

Samalah dengan Husna.

Tapi Vitamin C bukan sekadar utk cantik saja tau. Sebagai sumber antioksidan, Vitamin C sangat bagus terutama dlm meningkatkan sistem imunisasi kita.

Jadi,kalau nk elakkan kita asyik selsema,rasa kurang sihat,jum tambahkan Vitamin C dalam diet seharian kita.

Husna kadang kurang rajin nak kupas buah.. Takde masa kononnya..So solution yg Husna buat,telan jer 1biji Vitamin C SR Shaklee. Khasiat sama dengan makan 7.5biji oren tau!!

Setel.heheee..

Kebaikan Alfalfa Complex Shaklee

Alfalfa..Alfalfa..selalu dengar je kan.. tapi khasiatnya tau ke tidak? Kalau tak tau,jum baca apa yg husna dah listkan tentang khasiat Alfalfa ni.

Antara kebaikan Alfafa complex..

�� Nyah toksin
��cegah bau badan
��Mencuci usus,hati dan darah.
��Mengawal kolestrol dalam darah.
��Mengurangkan siptom monopaus
��Mengurangkan sakit otot @ sendi.
��Masalah kencing tak lawas
��Milkbooster.
�� lebih di kenali sebagai Kacip fatimah @ jamu moden.
��merawat asma.
��melegakan kelancaran haid.
��keputihan.
��Elergi @ ekzema.
��meningkatkan stamina.
��Buang angin .
��Resdung.
��Melegakan sembelit

Banyaknye kelebihan Alfalfa ni ye..
Agak2 dah bosan telan pil Alfalfa,nak cuba c variasi lain, boleh jugak dicampurkan dengan air panas utk dijadikan minuman herba. Bagus utk buang angin dalam badan.

Husna suka buat masker Alfalfa..best sangat. Rasa muka sejuk berangin jer.. Nak tau buat mcm mana???

Tunggu next entry ya.. Jumpa lagi uolsss... Assalamualaikum. ♡♡♡

Saturday, October 25, 2014

Salam Maal Hijrah

Assalamualaikum gojes - gojes!(^_^)

Tahun baru Islam hari ni. Semoga tahun baru ni membawa seribu erti dalam hidup kita.

Semoga tahun baru merubah kita ke arah yg lebih baik dari tahun2 lepas.

Ibarat benih yg kita tanam. Jika benihnya baik, insyaAllah hasilnya jugak baik.

Jika kita tanam padi,beraslah yang kita dapat. Tapi jika lalang yang kita tanam, hanya penat yang kita dapat.

Jadi,janganlah kita lakukan sesuatu yang tak bermanfaat untuk kita di dunia dan akhirat.. ^_^

Monday, October 20, 2014

Cabaran Sarapan Sihat

Assalamualaikum gojes - gojes di luar sana!(^_^)

Selalunya lah kan, breakfast korang menu apa ye?
Nasi lemak? Roti canai? Susu? Cereal?

Husna dulu suka sangat brekfast Nasi lemak..tak pon mesti meehoon goreng wak. Wak tu nama pakcik yang menjual brekfast dan lunch kat bawah ofis ni.hehe

Tapi even makan nasi lemak ke,bihun ke Husna stil lapar dalam pukul11 macam tu. Jadi tengahari mesti turun makan nasi lagi.hahaa

Apa jadi bila trend makan Husna macam tu ye? 

Agak2 badan yang sedia comel ni akan susut atau terus menjadi comel dengan jayanya??(O_o)

Anda sendiri ada jawapannya kan...

Husna membesar bagai juara!!T__T

Jadi Husna dah nekad ni,mulai sekarang breakfast takmo dah ambik nasi lemak. Husna sekarang cuba nak ambik healthy diet.

Pagi2 sekarang Husna akan breakfast overnight oats jer. Kena buat ikrar ni.Semoga Husna istiqamah. Aminn. =) =)

Nanti nak gugel la ape lagi bahan - bahan yg best untuk buat overnight oats. Barulah Husna tak bosan dan enjoy semasa makan.hehe

Ni la breakfast Husna pagi tadi..

Yummy x??Yummy x?? Peliz cakap yummy.hahahaaa

Sunday, October 19, 2014

Jum bercuti : ANNYEONGHASEYO SEOUL!! DAY 3


Assalamualaikum!!

HELLO NAMI ISLAND!

Pagi ni macam biasa hujan lagi.. Minggu ni memang forecast dah cakap hujan jer.. Tapi takpe kita redah jer okey... Takkan la nak tido je kan..Rugi oooo...

So semalam husna dah bagitau kiteorang nak g Nami Island harini. Nami ni is a must place to go la. Bak kata orang Nami tu Korea. So kalau tak pegi Nami umpama tak lengkap la cuti go Korea. Haa gittew..hehehehe

Bus nak gi Nami ni Husna dah book dari Malaya lagi. Book jer date ngn trip pukul pe,tak payah bayar ape2. Sehari sebelum date nak gi Nami,baru pegi ofis NamiBus untuk setelkan bayaran.Sebab hasil dari blogwalking cakap, peak season camni memang kena book dulu. Selalu bus memang full. Nasib baik Husna book,memang full pon!

Entry ni banyak gambar ya.. Maka silalah bersabar tengok Husna dan kawan - kawan menggedik.hahahaha

Ni lah tiket bus ke jetty Nami Island + entry fee Nami Island

Pepagi buta breakfast stoberi uolss..Kelas sangat.hehe

Syira & K.Na sempat posing dengan bus comei ni

Tadaaa..gate sebelum naik feri ke Nami

Manis sangat senyuman ni. Ce teka kenapa?

Sakura!!! Still berbunga..^_^

Abg macho ni pon nak gak bergambar ni..

Syira ni dah mcm pakai telekung da.hahaha

Sampai da di Nami!!

Hujan! Maka trip kali ni memang akan nampak white coat ni je ye..


Ni dah mcm nak nyanyi Negarku dah ni.hihihi

Penuh cahaya keimanan ni. ^__^



Sakura lagi!!!

Dan lagi!!!!





Tempat wajib posing.haha


Ni penkek Korea. Don worry okey. HALAL

Nasi Kocak yg femes. Sebab kena goncang dengan kedua tangan nk mix kan ns,paste dan telur.

Eh! Terjumpa kawan la di Korea. Kebetulan sangat.

Mesti korang pon nak muntah dah kan asyik scrol gambar banyak sangat.hehe..

Okeyla. Lepas puas pusing,jalan dan amek gamabr,pukul 4 kiteorang nak gerak balik dah. Sebab pukul 6 macam tu dah janji nak jumpa ex bos Hanjin. Dulu bos2 ni datang keje kt Malaya so dah habis tempoh balik la Korea semula.

Yg hensem tu Jay Park. Yg comei tu Mr Choo

Yg cute sangat ni YB.


Alamak terasa rendah sangat berdiri sebelah Jay.hehe

Bos temankan kiteorang nak shoping. Siap payungkan lagi. Tacing jap..T__T

Yang part bos teman gi cari barang dekat Myeongdong ni memang tacing sangat. Dah la hujan,dierang siap payungkan kiteorang lagi. Sanggup nak cari kedai keronsang even dierang pon tak tau katne kedai tu..

Lepas lama giler jalan,dh pukul 9 lebih dah. So kiterang cakap takpelah. Nanti kiteorang cari sendiri besok2. Then dierang temankan kiteorang gi subway station. Siap tunggu kiterang naik subway baru balik. Jay siap bow lagi. Memang kagum dengan budaya dierang ni.

Lepas turun subway,terus kiteorang jalan laju - laju. Sebab pe????

Sebab nak pegi gak hello kitty cafe tu..hahaha

Kali ni nasib baik,sampai2 je belum kul0..yeayyyyyyyyyy

Excited okeyyyy

Coffee for four

Propa sangat mak jemah ni

YUMMY!!

Okey..perut dah kenyang..kaki pon dah lenguh maka Husna tido dulu ya.. Kita jumpa dalam next entry Hari ke-4..

Bye uolsss..jumpa lagi...



Jum bercuti : ANNYEONGHASEYO SEOUL!! DAY 2

Assalamualaikum uolssssss...

Hari ke 2!!Sejuknya pagi ni.Suhu 16°C kot.Tak pernah lagi seumor hidup ni bangun2 suhu camni.Yola..rumah aircond pon takdak.hahaha.Hujan pulak..Air hujan punya la sejuk.Macam air dalam peti ais.hohohoho..


Bukti suhu sejuk ya amat..

Plan hari ni nak pergi Palace.Dalam hati memang teringin nak tengok upacara pertukaran pengawal dia.Nasib baik sempat.Berlari masuk  lepas beli tiket sebab dari jauh dah dengar bunyi macam gendang.hehe



 Terasa diriku sangat kerdil berdiri disebelah pengawal ni.Beliau sangat tinggi dan gagah.haha




Kak Wahi bersama payung ajaibnye

Comei tak??ngeeeee

Nak ada feeling – feeling Princess Hour pakai Hanbook (baju traditional Korea).

Lepas lawat Palace pergi shoping!Niat di hati nak shoping di Nandaemun tapi tutup.Sadiss...Rupanya hari Ahad offday..So uolss yang nak pergi,make sure jangan pergi Ahad ye.

Dah tutup,moh la kita pegi ke Myeongdong lak.Situ la tempat kiteorg borong 
t-shirt I LOVE KOREA..Murah giler!3 helai KRW10,000.Convert duit kita jadi RM30.Tempat lain mana dapat.Paling – paling koman pon sehelai RM25.

Penat jalan – jalan,tangan pon dah naik kebas angkut barang2 jum kita balik Guesthouse.Simpan barang,makan,solat dan rest jap sebelum keluar nak pergi naik Hangang River Cruise.

Sambil nak tunggu cruise kita pukul7 petang,mari bergambar lagi seround dua.

 Belakang tu 63 Building yg dlm cite My Girl tu



Okey sekarang dah pukul 7,moh la kite gerak naek cruise..^_^



Siap pakai glove. Sejuk oooo..

Ni anak kapal yg tetiba dtg menyelit dalam pic kiteorang



Mamat Korea belakang ni excited sangat tengok monopod kiteorang

Dah puas pusing - pusing Han River masa jum la kita pegi HELLO KITTY CAFE. 

Punye la jalan laju - laju, sampai je depan Hello Kitty Cafe pukul10 lebih. Senyum jer sebab bila tengok notis tutup pukul 11 malam. Konfident ker ni masuk. Sekali nak order,kuciwa!! Last order pukul 10malam. wuaaaa T__T

Inilah reaksi org yg kuciwa!!hahahaa

Disebabkan kuciwa dah tutup, maka jumla kita membawa diri ke Coffee Bean. Order coffee je la jawabnye. On the way balik,jum singgah 7E beli nasi. Jawabnya malam ni makan nasi dengan ikan bilis dan tuna lg la...

Hati yg kuciwa sudah kenyang, maka mau tido dulu la ye.. 

Esok kita jumpa di Nami Island ye uolssss.. Daaaaaa