Followers

Showing posts with label tips cantik. Show all posts
Showing posts with label tips cantik. Show all posts

Saturday, November 29, 2014

Testimoni Set Kulit Shaklee : Husna dahulu Vs Husna sekarang

Assalamualaikum semua! ^_^

Petang wekend hujan mcmni mesti anda bosan kan? Ha..kalau tak tau nak buat apa, dah habis dah skroll FB atas bawah..meh kita baca kisah husna dan shaklee. Fresh ni. Baru keluar oven je testimoni ni. ^_^


Husna dahulu

Husna sekarang


Alhamdulillah. ^_^

Memang itulah ayat pertama husna cakap. Tenkiu Allah. Tenkiu Shaklee.

Boleh nampak dalam gambar pertama ada jerawat2 halus kan di muka. Time tu muka husna teruk sangat sebab kena infection skin care. Gatalnya Tuhan saja yang tau. Rasa ada benda merayap2 je kat muka. T_T

Lepas husna konsisten Shaklee,inilah hasilnya!

Jujur husna cakap,bukan mudah dan senang nak dapat kulit yang sihat. Ambik masa yang lama. Sebab kita bukan sekadar nak rawat luaran tapi kita jugak nak rawat dalaman. Bila sihat dalaman,insyaAllah hasilnya akan kelihatan secara luaran. ^_^

Antara suppliment Shaklee yang betul2 husna konsisten time ni :



Vitamin E untuk memudarkan parut2 jerawat dan melembapkan kulit

Vitamin C untuk penghasilan kolagen semulajadi dlm badan,menghasilkan kulit yg cerah sekata dan hilangkan kulit kusam.



ESP! Inilah protein wajib untuk sel badan husna. Bila sel mendapat makanan yg sihat,maka kulit yg terhasil jugak akan lebih sihat.

Ni semua semua untuk dalaman. Beri makan kepada sel2 dari dalam supaya mereka sihat.

Dan untuk luaran husna gunakan ini :

Cleanser Nutriwhite yg sangat best! Menghasilkan kulit yg lembut,cerah dan moist.

Zinc dijadikan masker untuk membuang jerawat terutama jerawat batu.

Alfalfa ialah agent detox terbaik! Menyingkirkan toksin yg menjadi punca jerawat.


Banyak kan? Tak takot ke makan banyak2 ni?- jika itu yg bermain di fikiran anda,mari husna terangkan ye.

Jawapannya TAK. husna TAK TAKOT. Sebab husna yakin dengan Shaklee. Produknya SEMULAJADI,SELAMAT,BERKESAN. Itu tagline Shaklee yg memang husna pegang. ^_^

Husna ambik masa untuk pulih sepenuhnya dan dapat hasil seperti apa yg anda nampak. Husna tak kisah lambat baru nampak kesan janji ia selamat.

Berapa banyak produk kecantikan sekarang yg menjanjikan kulit cantik dan sihat tapi akhirnya mengundang padah!

Anda nak jadi begini??

Berulang kali husna pesan tolong lah semak kandungan kosmetik anda. Jangan jadi mangsa seterusnya.

Nak cantik bukan dalam sehari. Ia memerlukan kesabaran dan konsistensi dari anda.

Jika anda nak tahu lebih lanjut hubungi :
Husna
Sms / wassup : 010 231 0939
Email : husnamohamed86@gmail.com







Monday, November 24, 2014

PETUA HILANGKAN PARUT JERAWAT

Jerawat ada MUSUH UTAMA si gadis!

Sebiji je naik,riuh sekampung.hihi.

Khas buat anda yg anda jerawat,husna kongsikan petua tradisional cara - cara menghilangkan jerawat.

Boleh cuba mana-mana cara berikut:
=================================

1. Kulit kayu manis dan madu lebah

Asah kulit kayu manis dan campurkan dengan madu lebah. Tempelkan pada muka yang berparut setiap malam. Cucilah esok paginya menggunakan air suam.

2. Timun

Kisar timun dan tapiskan airnya. Tampalkan hampas timun pada muka. Biarkan setengah jam. Kemudian cuci bersih dengan air suam.

3. Daun senduduk

Rendam beberapa helai daun senduduk, sedikit cekur dan segenggam beras. Kemudian giling hingga lumat. Sapukan pada parut muka dua kali seminggu.

4. Daun sirih muda

Tumbuk sepuluh helai daun sirih muda. Tempelkan pada muka terutama pada bekas jerawat . Setelah kering, cuci muka dengan air bersih. Amalkan tiga kali seminggu.

5. Madu

Ambil sedikit madu. Campurkan dengan bedak sejuk. Tekapkan bedak tersebut ke tempat yang ada kesan jerawat. Lakukan sekurang-kurangnya dua hari sekali.

6. Kulit kayu manis

Tumbuk beberapa batang kulit kayu manis dan jadikan serbuk. Campurkan dengan sedikit air. Tempelkan pada parut jerawat dan amalkan selalu.

Itu semua petua trasidional. Jika anda ingin mencuba cara moden menggunakan produk Shaklee,boleh hubungi husna.

Husna
010 231 0939
Agent Shaklee yg gojes ^_^

Wednesday, November 5, 2014

Masker Esp Shaklee

Assalamualaikum semua!^_^

Wanita dan gadis - gadis memang tak lari dari nak cantik kan. Mesti pergi spa nk buat treatment muka, facial, nak remove white/blackhead..Nak kulit cantik,gebu dan sihat.

Tengahari ni Husna nak share cara2 buat masker guna ESP Shaklee khas buat anda yang inginkan kulit yg cantik tapi menggunakan bajet yg murah sangat. Tapi kesannya SUPERBB...hihihi

Bagaimana nak buat Shaklee ESP Masker ni?





Cara-caranya adalah:
♥ Gunakan 1 cawan yogurt perisa ASLI sebagai base masker.
♥ Tambah 1 sudu teh ESP ke dalam yogurt dan gaul sehingga rata.
♥ Ratakan di sekitar kawasan muka kecuali di kawasan mata.
♥ Biarkan 10-15 minit/ sehingga kering.

**Best time: selepas mandi pagi atau sebelum tidur

Anda nak buat tapi takde ESP???

Hubungi Husna utk mendapatkan ESP anda HARI INI jugak.

Jangan lambat. Nanti menyesal tau..hehehee

Monday, November 3, 2014

Tips Hilangkan Jerawat

Assalamualaikum semua!

Jerawat..Apa reaksi anda bila ada JERAWAT??

Kalau Husna..

Omgieee..omgieee..JERAWAT!!! T__T

Psiko giler.Mula la keja nak belek cermin je kan.Macamla jerawat tu boleh hilang dalam masa sesaat.hehe

Jadi,khas untuk anda2 yg ingin gojes macam Husna(oppss itu panggilan di opis ye.ngeee),
jum kita cuba amalkan petua2 di bawah ni.

Husna gugel2 dan terjumpa. So dari simpan sorang,dan Husna sorang je gojes,maka Husna nak share dengan anda semua.(^_^)hihihi

TIPS HILANGKAN JERAWAT SECARA TRADISIONAL

1. Hilangkan Jerawat dengan Tomato

Buah tomato mempunyai pelbagai khasiat yang bagus. Antara khasiat buah tomato ialah baik untuk kesihatan mata, menghilangkan bintik hitam (blackheads) dan juga menghilangkan jerawat. Mula-mula belah buah tomato dan lumurkan ke seluruh muka dan biar sekurang-kurangnya 1 jam atau biar sehingga kering barulah bilas dengan air suam. Untuk hasil yang terbaik amalkan juga dengan makan tomato.

2. Hilangkan Jerawat dengan Kulit Kayu Manis

Mula-mula ambil satu kulit kayu manis dan asahkannya pada tembikar atau alas pengasah campurkan dengan sedikit madu. Jika tidak ada madu boleh juga gunakan air biasa. Jadikannya sebagai masker dan sapukan ke seluruh muka sebelum masuk tidur. Bilas dengan air bersih pada keesokan paginya. Amalkan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Peringatan ketika mencuba untuk kali pertama, letakkan nipis-nipis sebab kulit kayu manis sedikit “panas” dan boleh menimbulkan rasa kurang selesa.

3. Hilangkan Jerawat dengan Lidah Buaya

Lendir lidah buaya (aloe vera) selain dapat menghilangkan jerawat, ia juga bagus untuk menghilangkan parut jerawat. Ambil daun lidah buaya, potong kepada beberapa kerat dan bahagian, kemudian kupas kulit luarnya, sapukan lendir lidah buaya pada bahagian muka yang terdapat jerawat. Ulangi langkah ini pada setiap pagi dan waktu petang. Paling pentig, usaha ini hendaklah dilakukan secara berterusan.

4. Hilangkan Jerawat dengan Ubat Gigi

Sebelum tidur, letakkan ubat gigi pada bahagian yang ditumbuhi jerawat. Biarkan semalaman/sampai pagi kemudian baru dibilas dengan air yang suam. Kandungan ubat gigi mampu membantu untuk mengeringkan jerawat dan ia juga mampu untuk menyerap minyak pada wajah.

5. Hilangkan Jerawat dengan Putih Telur

Mula-mula pisahkan kuning telur dengan putih telur. Ambil putih telurnya sahaja. Pukul sebentar lalu pakaikan ke wajah anda selama 15 minit. Putih telur ini berfungsi membantu mengurangkan minyak di wajah anda yang seringkali menjadi penyebab tumbuhnya jerawat.

6. Hilangkan Jerawat dengan Pucuk Jambu Batu

Ambil segenggam pucuk jambu dan keronyokkan/lumatkan sehingga menjadi seperti “pes”. Kemudian gosok-gosokkan pucuk jambu batu pada muka. Biarkan beberapa minit supaya kering di muka. Kemudian basuhlah dengan air suam.

7. Hilangkan Jerawat dengan Air Basuhan Beras

Air basuhan beras jangan dibuang. Ia turut mempunyai banyak khasiat tradisional. Basuh muka dengan air basuhan beras tersebut. Jangan dikeringkan, biarkan hingga kering sendiri. Selepas kering, cuci dengan air suam.

8. Hilangkan Jerawat dengan Asam Jawa dan Kunyit Hidup

Tumbuk kunyit dan campurkan dengan asam jawa dan sedikit air. Setelah campuran itu sebati, sapu rata ke seluruh muka anda. Biarkan kira-kira 20 minit. Kemudian ketika anda mandi, basuhlah dengan bersih. Jika selalu diamalkan, muka anda akan sukar ditumbuhi jerawat dan kulit menjadi lebih halus.

9. Hilangkan Jerawat dengan Limau Nipis dan Minyak Masak

Sebelum tidur, sapukan campuran tadi ke seluruh muka anda. Sekiranya anda merasa pedih, itu hanya sementara. Esoknya, ambil beberapa keping asam gelugur (asam keping) dan rendam dalam air panas . Setelah sejuk atau suam , basuhlah muka anda dengan air itu. Ambil asam dan gosokkan ke seluruh muka anda. Kuatkan gosokan anda pada tempat-tempat yang berparut. Bairkan beberapa minit, kemudian basuh dengan air biasa.

10. Hilangkan Jerawat dengan Campuran Bedak Sejuk, Garam dan Air Asam Jawa

Campur bedak sejuk dengan garam dan air asam jawa. Sapukan di muka dan di tempat yang ditumbuhi jerawat. InsyaAllah, jerawat akan beransur hilang.

11. Hilangkan Jerawat dengan Daun Teh

Didihkan daun teh tersebut. Setelah daun teh itu menjadi lembut, tekapkan ke muka atau bahagian yang ditumbuhi jerawat.

12. Hilangkan Jerawat dengan Air Kelapa

Bersihkan muka. Kemudian cuci dengan air kelapa. Biarkan ia kering sendiri. Bilas dengan air bersih. Amalkan 3 kali seminggu.

13. Hilangkan Jerawat dengan Kanji Nasi

Sejukkan sedikit nasi. Sapukan pada jerawat dan biarkan ia kering di muka. Cuci dengan air suam. Amalkan setiap hari sehingga jerawat berkurangan.

14. Hilangkan Jerawat dengan camouran Putih Telur, Tepung Jagung dan Minyak Zaitun

Campurkan putih telur (ayam kampung) bersama satu sudu tepung jagung dan minyak zaitun. Gaul rata dan kemudian sapukan ke seluruh muka. Biarkan sehingga kering dan kemudian bilas dengan air suam. Ia elok untuk kulit bermasalah dan boleh membantu mengatasi jerawat. Amalkan 2 kali seminggu.

15. Hilangkan Jerawat dengan Larutan Tepung Kanji

Sapukan sedikit larutan tepung kanji bercampur air di sekeliling jerawat yang timbul. InsyaAllah ia akan membantutkan pertumbuhan jerawat tanpa sebarang parut.

Monday, October 6, 2014

Homemade Spa

Amboi2.Kemain tajuk entry kan..hehe
Oppsss...ada ke homemade Spa ni??Suka suki je kan bagi nama macam tu kan..Haha..
Husna bagi nama homemade spa sebab buat facial treatment ala2 spa tapi di rumah sendiri. So sesuai sangat la kan nama homemade spa..(*_*)
Seumor hidup nak masuk 3 dekad ni,belum sekali pon Husna jejak kaki g spa. Jadi kena pandai buat rawatan sendiri ye utk buang kulit2 mati tu..
Dulu2 sebelum kenal Shaklee,selalu buat guna facial mask,guna clay mask or guna pencuci muka skrub yg ada bintik2 kasar dalam tu. Tapi kesan biasa jer. Stil banyak white and blackhead. Kulit pon kering.huhu
Sejak kenal Shaklee,memang puas hati. Tekstur kulit memang nampak banyak perubahan. Alhamdulilah.(^_^).
Jadi Husna nak share,produk Shaklee mana yg Husna guna utk buat masker ni. Ada banyak resepi(opss resepi katanya haha) home made masker Shaklee ni.Hari ni Husna tunjukkan yg guna 2 benda saja:
       --》》Alfalfa
       --》》Vitamin E
Masker ini Husna buat waktu malam. Sebelum nak tido.
Hancurkan 1-2bj Alfalfa. Campurkan sedikit air. Tempek di muka. Bila dah kering,letak sket air dan tenyeh la slow2 ya. Jangan kuat sgt,kang sakit pulak kulit tu.hahaha
Lepas dh siap,bilas dan keringkan muka. Picit Vitamin E,ambik sikit saja minyak. Dan sapu di muka. Biar semalaman sampai esok pagi.
Tadaaaaa...Hasilnya memang memuaskan..Plus campur produk Shaklee yg lain lagi ummphhh la..
Cubalah! Mesti anda ketagih nak buat selalu..

Saturday, October 4, 2014

Cara - cara membuat Scrub Oat ESP

Anda mengidam ingin membuat scrub muka ala - ala SPA tapi bajet tidak mengizinkan?? Jangan sedih2..di sini saya kongsikan cara2 membuat scrub muka terbaik  untuk anda. Mudah, Murah, Jimat dan Mengujakan...Cubalah..Anda pasti menyukainya..


Oppss..tak de ESP? Meh kontek saya untuk mendapatkan stok ESP anda SEKARANG!!

FB :NurulHusna Mohamed
PAGE : SUPPLIMENT CENTER
010 231 0939

Saturday, September 6, 2014

TIPS MEMILIH KOLAGEN TERBAIK

Dewasa ini kita semua sangat obses dengan kecantikan hingga menyebabkan ramai pengeluar produk kecantikan berlumba - lumba nak menghasilkan kosmetik berkolagen..minuman berkolagen..pendek kata semua benda nak dicampurkan dengan kolagen..
Yela..kolagen kan sangat penting dalam membantu menghasilkan kulit yang cantik, anjal, berseri, flawless gitu..kan??
Tapi sebagai pengguna,sejauh manakah kita tahu tentang kolagen ni?adakah kolagen yg kita sedang minum sekarang ni terhasil dari kolagen yg ASLI? Mendapat kelulusan KKM? HALAL dari segi hukum syarak??
Jadi..sebagai pengguna kita haruslah bijak dlm membuat perbandingan dan keputusan terbaik sebelum membeli okey.yela..beli untuk diri sendiri jugak kan..yg cantik diri sendiri jugak.kalau salah beli,diri sendiri yg merana..
Sebelum membeli kolagen,jum baca TIPS MEMILIH KOLAGEN yg saya kongsikan.INGAT TIPS2 NI TAU!!.semoga bermanfaat ye..
Q: Kolagen apa yg terbaik macam ni?HALAL dan disahkan oleh KKM??
A : Mestilah SHAKLEE COLLAGEN POWDER..

Pssst...hubungi saya untuk mendapatkan kolagen yang terbaik ini!wanita yg berharga hanya layak untuk sesuatu yg bermutu tinggi...

Thursday, September 4, 2014

DETIK CINTAKU BERSAMA SHAKLEE

[Testimoni Set Kulit Shaklee]



"Sy ade ceritakan 2 minggu yang lepas kulit sy elergik sebab salah pakai produk skincare.muka jd merah,pns,ruam2 keluar dgn byk.gatal sgt smpai rasa nk garu2 je dengan jari..maybe ada chemical dalam tu yang tak sesuai dengan kulit sy.
After cite ng
n ummi Aliatun Salleh,dia suggest buat masker Zinc dan Alfalfa sebelum tido.sbb bgus tuk kecutkan jerawat dan buang toxin.Plus konsisten ambik Bcomp,Vitalea,VitaC dgn ESP..
After 2 weeks konsisten guna,Alhamdulliah kulit dah back to normal.Dah xde ruam2 tu da..juz kena konsisten ambik ESP untuk hilangkan parut.."

Ini kisah Husna sendiri tau..First testimoni wajibla tempek muka sendiri dulu.hehe..Fall in love with the products then others can fall in love too..Seram jugak bila tengak gambar ni balik..Time tu memang teruk sangat muka Husna.huhuhuhu..Alhamdulilah Shaklee menjadi asbab sembuhkan kulit elergik ni..Now memang konsistent dengan Set Kecantikan Shaklee.

Husna just ambik:
Vitamin C 2biji sehari
Vitalea 1biji sehari
Vitamin E 1biji sehari
Bcomplex(dah stop da-hehe)
ESP 1sudu 2kali sehari
Masker Alfalfa seminggu 3kali

I luv #Shaklee bcoz berkesan for me!yg penting kena sabar dan konsisten ya...Bukan hari ni start consume,besok kulit dah flawless bak telur dikupas ye..Setiap orang kesannya berbeza.Ada cepat ada yang lambat..So at least bagi masa 2-3bulan untuk badan kita serasi dengan suppliment ya!

NAK KULIT CANTIK MACAM HUSNA???

HUBUNGI 
010 231 0939

Tuesday, September 2, 2014

PETUA MENCERAHKAN DAN MEMUTIHKAN KULIT MUKA

1. BARLI
Ambil segenggam barli dan goreng tanpa minyak. Kemudian, tumbuk barli yang telah di goreng itu hingga lumat. Bancuh serbuk barli tersebut dengan sedikit perahan air limau nipis dan air masak. Sapukan bancuhan tersebut dengan rata di wajah anda sebelum tidur.
Untuk mendapatkan hasil, amalkannya sekurang-kurangnya seminggu sekali. InsyaAllah anda akan dapat lihat hasilnya nanti.


2. BERAS PULUT

Ia berfungsi untuk menanggalkan daki dan sel-sel mati serta menghaluskan kulit. Manakala serbuk beras pulut khusus untuk menanggalkan sel kulit mati, mengurangkan parut, di samping memerah dan memutihkan kulit wajah dan badan.
Cara-Caranya:
1. Rendam beras pulut hingga lembut, kemudian tumbuk sehingga lumat.
2. Sebelum mandi, lumurkan seluruh badan dengan beras yang ditumbuk.
3. Biarkan lumuran tadi separuh kering dan sental kulit anda perlahan-lahan.
4. Bilas badan anda dengan air mandian. Amalkannya sekerap yang mungkin.
5. Untuk hasil yang terbaik amalkan,2 kali seminggu.Kulit tubuh anda dijamin akan cerah.


3. NENAS

Ambil bahagian dalam nenas yang keras (palu) lalu gosokkan ke seluruh bahagian badan. Bilasa badan dengan sebersih-bersihnya. Amalkan setiap pagi dan petang. InsyaAllah kulit anda akan lebih putih, cerah dan berseri.

4- TIMUN

Parut isi timun atau hancurkan, campurkan bersama perahan limau. Tempek ke muka dan tunggu sehingga kering. Sesudah itu, bolehlah dibilas dengan air bersih atau air suam. Nak cepat hasilnya, buat setiap malam.

5. LOBAK MERAH 

Parut sebatang lobak merah dan satukan bersama sebiji kuning telur dan sedikit jus limau nipis sehingga sebati. Tepek pada keseluruhan muka dan leher dan biarkan kering. Bilas dengan bersih. Amalkan tiga kali seminggu. ia menjadikan wajah lebih berseri, mulus, menegangkan kulit.

6. LIMAU NIPIS 

Belah limau nipis menjadi 2,gosok pada wajah dan badan…kulit akan menjadi cerah, licin dan harum.

7. BERAS 

Ambil 1 gengam beras,tumbuk dan tambahkan air. kemudian sapu pada wajah sebelum tidur..ia dpt menghilanhkan jerawat batu dan of course putihkan wajah.

8. BUAH DELIMA

 Buah delima mengandungi kandungan aktif yang merupakan agen pencerah kulit yang berkesan. Ia dapat mengenali bahagian yang berpigmentasi dan menghentikan komunikasi di antara sel bagi menghasilkan melanin.

9. LABU

 Tutup pori-pori pada wajah dengan buah labu yg bertindak membuang sel kulit mati. dgn campurkan puri labu,madu,cuka epal,tepung ubi,1 biji telur.

10. KOPI

Serbuk akan menghasilkan minyak anti-oksidan. Ia berfungsi menghaluskan serta mencerahkan kulit anda.kalau nak putih satu badan just lulur kopi tersebut icon smile Petua Memutihkan Muka Yang Berkesan
Caranya;
1. Tumbuk biji kopi sampai halus.
2. Campurkan serbuk kopi dengan minyak zaitun dan tepung sengkuang mengikut kadar yang secukupnya.
3. Kacau kesemua bahan hingga rata.
4. Kemudian, sapukannya pada muka serta seluruh anggota badan anda.
5. Sambil menyapu, gosokkan secara lembut campuran tadi pada tubuh anda.
6. Seterusnya, biarkan ia selama 1 jam. Tujuannya supaya minyak dalam kopi tadi menyerap ke dalam tubuh anda dengan sempurna.
7. Akhir sekali, bilas tubuh anda dengan air yang dicampurkan dengan sedikit garam. Lepas tu anda bolehlah mandi seperti biasa.


Sumber: Petua Memutihkan Muka Yang Berkesan | Fuh.My 



Nak petua mencerahkan dan memutihkan kulit muka menggunakan produk SHAKLEE??

Untuk anda yang mempunya kulit kering saya syorkan anda amalkan :
--->Vivix 1-2sudu besar sebelum tidur,
--->segelas ESP
--->Bangun pagi pula segelas collagen dgn air kosong
---> 2biji vitamin C, 2bj vitalea, 1biji B Complex.(selepas sarapan)

Anda boleh juga mengamalkan MASKER menggunakan SHAKLEE COLLAGEN POWDER atau ESP + PLAIN YOGURT