Followers

Sunday, October 19, 2014

Aktiviti Secret Garden

Assalamualaikum gojes - gojes di luar sana!(^_^)

Korang2 yang bujang macam Husna bila free buat ape?? Jalan2? Tengok wayang?

Husna sekarang sejak pindah umah baru,aktiviti hujung minggu bila tak gi mane2 mesti kat belakang rumah. Bercucuk tanam.Tanam dalam botol air Spritzer yg besar tu. Botol kutip kat opis jer. Tak payah susah2 beli ye pasu..hehehe

Hasil tanaman dah bertambah. Sekarang dah ade pegaga, kucai, daun sup, kunyit, daun pandan, pokok cili dan paling baru ade lengkuas! Jimat sekarang dah tak payah beli da..haha

Husna start projek "Secret Garden" ni pada 27/09/2014. Benih tanaman ni Husna dan Kak Wahi (my housemate) bawak dari kampung masing - masing.

Pegaga masih malu2 lagi time ni. Kuncup jer..hoho

Pokok cili sebelah kanan ni segan2 jer nak tumbuh. Daun pon sehelai dua je ada.

Pokok kunyit yg togel! (O_O)

Alamak! Kurusnya tubuh kucai...



AAIIPPP...Tu SEBELUM ye..

Mari kita tengok apa hasilnya SELEPAS dibelai dengan penuh kasih sayang..haha

Inilah dia hasil tanaman Husna selepas 20 hari!

Si Kunyit  tumbuh dengan megahnya *_*



Hijaunye daun ciliku !

Pegaga mengeluarkan daun yg segar dan besar


Segar menghijau daun sup


Daun kunyit kucai yg dulunya kurus kini sudah berjaya menggemukkan dirinya



Cik Lengkuas new member of "Secret Garden"

Eh! Aloe vera pon ada tau



Tadaaaaaaaa....

Inilah dia hasil tanaman Husna yang berjaya di harvest hari ni. Segar kan???? Segar kan??Pelizz..Pelizzz say YES..hahaha





Hasil tanaman hidup subur segar bugar. Ni mesti sebab siram dengan air Basic H ni!!hehehee

Untung tau berbudi pada tanah. Anda pon boleh cuba jugak. ^_^


Okey jumpa lagi dalam next entry ya.. Stay tune uolsss... Tata titi tutu...

No comments:

Post a Comment